web site hit counter Kau yang Satu - Ebooks PDF Online
Hot Best Seller

Kau yang Satu

Availability: Ready to download

Bot milik peribadi Datuk Mustaza telah karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di Laut China Selatan. Nasibnya baik, dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman. Datuk Mustaza terhutang budi dengan Sulaiman dan ingin menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina anak Sulaiman. Taufik tidak setuju dengan cadangan papanya kerana dia telah mempunyai kekasi Bot milik peribadi Datuk Mustaza telah karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di Laut China Selatan. Nasibnya baik, dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman. Datuk Mustaza terhutang budi dengan Sulaiman dan ingin menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina anak Sulaiman. Taufik tidak setuju dengan cadangan papanya kerana dia telah mempunyai kekasih bernama Isabella, model terkenal tanahair. Manakala Salina pula telah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung. Namun segala impian mereka tidak tercapai. Masing-masing terpaksa akur dengan pilihan orang tua. Taufik menuduh papanya kolot kerana masih terikut-ikut cara orang lama mencari jodoh. Salina pula terpaksa putus dengan Zulkifli. Bahagiakah perkahwinan Taufik dan Salina? Dapatkah mereka melayari bahtera bersama?


Compare

Bot milik peribadi Datuk Mustaza telah karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di Laut China Selatan. Nasibnya baik, dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman. Datuk Mustaza terhutang budi dengan Sulaiman dan ingin menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina anak Sulaiman. Taufik tidak setuju dengan cadangan papanya kerana dia telah mempunyai kekasi Bot milik peribadi Datuk Mustaza telah karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di Laut China Selatan. Nasibnya baik, dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman. Datuk Mustaza terhutang budi dengan Sulaiman dan ingin menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina anak Sulaiman. Taufik tidak setuju dengan cadangan papanya kerana dia telah mempunyai kekasih bernama Isabella, model terkenal tanahair. Manakala Salina pula telah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung. Namun segala impian mereka tidak tercapai. Masing-masing terpaksa akur dengan pilihan orang tua. Taufik menuduh papanya kolot kerana masih terikut-ikut cara orang lama mencari jodoh. Salina pula terpaksa putus dengan Zulkifli. Bahagiakah perkahwinan Taufik dan Salina? Dapatkah mereka melayari bahtera bersama?

30 review for Kau yang Satu

  1. 5 out of 5

    Gobokairina

    Bertahun-tahun sudah pinjam novel ni sampai lebam membacanya. Sekarang ni pinjam lagi dan 'rasa' tu masih sama. Goshhh! Suka la perasaan ni hahaha... Suka dengan Taufik & Salina, antara pasangan paling epik dalam memoriku. Phewitt.. Full review: 18/11/2014 Buku di tangan cetakan yang ke-13, hanya dalam masa setahun dah capai tahap tu. Gila kentang hohoho~~ Tapi itulah, dulu-dulu mana sangat ada cerita kahwin-aturan-keluarga begini, bukan macam sekarang tak terkira jari. Harga pula tu tak sampai 15 Bertahun-tahun sudah pinjam novel ni sampai lebam membacanya. Sekarang ni pinjam lagi dan 'rasa' tu masih sama. Goshhh! Suka la perasaan ni hahaha... Suka dengan Taufik & Salina, antara pasangan paling epik dalam memoriku. Phewitt.. Full review: 18/11/2014 Buku di tangan cetakan yang ke-13, hanya dalam masa setahun dah capai tahap tu. Gila kentang hohoho~~ Tapi itulah, dulu-dulu mana sangat ada cerita kahwin-aturan-keluarga begini, bukan macam sekarang tak terkira jari. Harga pula tu tak sampai 15 hengget..wiiii ce cer kalau sekarang? Taufik dan Salina. Masing-masing sudah ada pilihan sendiri tapi dalam keterpaksaan, menerima apa saja yang diatur oleh keluarga. Mulanya menanam benci, namun lama-lama cinta jatuh di hati. Tapi, seperti biasa episod bahagia bukannya senang. Berdikit-dikit, diuji dan ditimpa musibah. Namun, adat jua -- what doesn't kill you makes you stronger. Cinta keduanya tak rapuh, bersaksikan Tuhan, mereka bangkit menentang keadilan. Ewahh! Ayat aku muahahaha... Cerita ini kalau ikutkan simple je, tapi aku rasa kekuatannya terletak pada gaya penceritaan yang konsisten, sesuatu yang penulis muda lain harus contohi kerana kebanyakan karya mereka agak bercelaru, bersimpang-siur dengan perkara yang tidak-tidak. Apa pun, adaptasinya nanti mungkin akan aku jauhi. Entahlah, mungkin aku mahu mengekalkan dan memastikan ‘rasa’ yang mengikat aku pada karya ini tidak tercalar.

  2. 5 out of 5

    Ella

    3.7* Masa saya pilih novel ni..saya ingat cerita orang tua2 walaupun sipnosis print sebaliknya..Pasal pakcik lemas kut yg menarik hati saya untuk baca. Yalah asyik baca cerita cinta orang muda je, ingat try something else for a change. I dont know what attract me to the book. Nak kata suka cover dia tak juga. Dan sebaliknya. Entahlah. Novel yg bertemakan kahwin paksa. Both Taufik dan Salina yg sememangnya sudah punyai pasangan sendiri terpaksa mengorbankan rasa hati. Bahagia hanya sementara sebelu 3.7* Masa saya pilih novel ni..saya ingat cerita orang tua2 walaupun sipnosis print sebaliknya..Pasal pakcik lemas kut yg menarik hati saya untuk baca. Yalah asyik baca cerita cinta orang muda je, ingat try something else for a change. I dont know what attract me to the book. Nak kata suka cover dia tak juga. Dan sebaliknya. Entahlah. Novel yg bertemakan kahwin paksa. Both Taufik dan Salina yg sememangnya sudah punyai pasangan sendiri terpaksa mengorbankan rasa hati. Bahagia hanya sementara sebelum fitnah bekas kekasih merentap kebahagian rumahtangga yg baru di bina. 4.5* untuk Taufik. Perubahan ke arah kebaikan. Cinta, kasih dan sayang serta kesetiaan terhadap isteri tetap teguh walaupun dilambung ombak. 2* untuk Salina. Dia buat emosi saya turun naik dgn sikap terburu2 menghukum dan menilai. Terlalu sensitif, mudah sentap dan tidak mudah memaafkan. Mengaku dirinya ego dan tak akan menjilat ludahnya balik walaupun kesal datang bertandang saat suami membawa diri atas permintaan dia untuk berjauhan buat sementara waktu. Rindu tapi membisu. 5* untuk Encik Sulaiman. Bapa Salina pegang prinsip berkecuali bila hubungan anak dan menantu di fitnah angkara orang ketiga. Scene jejak suaminya setelah kebenaran terbongkar : (How her husband react are the mirror image of what she did. Malah berbulan dari sebelum berjauhan) Salina - "Ina minta maaf bang." Taufik masih diam. Salina - "Abang cakaplah apa2 pun bang." Pelukkannya dibiarkan tak bersambut oleh Taufik. Taufik - "Tak ada apa2 pun yg nak abang katakan Ina. Rasanya dah terlalu banyak yg abang katakan. Sayangnya, tak siapa yang mahu mendengar. Sekarang abang lebih selesa mendiamkan diri. Lebih tenang." Salina - "Ina sedar semuanya salah Ina. Abang nak hukum Ina, hukumlah. Nak marah pun, marahlah. Ina sanggup terima semuanya." Taufik menggeleng dan pelukkan dileraikan. Ina kecewa. Salina - "Kenapa diam bang? Ina cuma nak satu perkara. Cakaplah abang maafkan Ina. Cakaplah abang sayangkan Ina." (Rayunya hingga airmata gugur) Fast forward scene 10 saat. Bila suaminya enggan dipujuk kerana hati terlalu terluka. Salina - "Abang! Sampai hati abang cakap macam tu. Abang tak kasihankan mama? Papa? Siang malam mereka merindui abang. Baliklah bang. Takkan sebab perkara KECIL tu abang nak merajuk sampai macam ni." Fast forwad again 5 saat.. Salina - Ina kan dah minta maaf.. Well, untuk dia baru beberapa minit minta maaf dah sentap dan naik angin bila suami tak mengendahkan. Bayangkanlah perasaan suami yg minta maaf, merayu dan memujuk berbulan lamanya. (Sebulan lebih lah agaknya). Apa yang saya nak sampaikan ialah jika ia perkara kecil tak perlulah Ina membisu dan abaikan suaminya sepanjang waktu dan akhirnya minta berjauhan. Walaupun tanggungjawab dlm rumahtangga masih di uruskan, dia mengelak dari bertemu. Bila bertemu she gave the cold shoulder. Terlalu melayan perasaan. Suami merayu memujuk pun dia boh layan. Telephone pun dia membisu. Layankan egonya. Kata sanggup bermadu dan suruh suami bertanggungjawab atas kesalahan yg suaminya tak buat. Boleh pula boycott bila suami enggan. Ini ke cara org yg tabah nak bermadu? Ya saya faham kepercayaan have to be earned. Saya juga faham kenapa Ina beraksi begitu..but then jika dia bersuara dari awal perkara tak meleret..Ini asyik cakap..u know what u did so u shd be the one to tell me. Bukan setiap kesilapan yg dilakukan kita akan sedar jadi perlulah ditegur dan diterangkan. Minta penjelasan. Ni tidak..di paksa mengaku silap yg tak dibuat, siapa yg sampaikan juga tak nak beritahu dan kesahihan cerita tak ambil tahu..last last bila suami tanya silap apa? Dijawabnya..Entah.. Actually, I expect more from the ending. Saya rasa pengajaran buat si isteri yg menjejaki suami hingga ke Switzerland terlalu mudah di maafkan. Tapi dgn perempuan mengandung yg ultra sensitif dan mudah sentap ni, kenalah beralah. Dah sayang kan..Hopefully it was a one time incident shall it happen to people out there. Mistake like this shd not be repeated umpteen times. Cakap jgn sebarang cakap. Apapun saya sokong tindakan Taufik yg tidak melayan perasaan marah dan dendam kerana tiada kesudahan dalam hubungan jika ia berlanjutan.

  3. 4 out of 5

    Amer Mukhlis

    Whoa! Cerita ni best. Kadang-kala pula seram di hati saya pula. Saya mencari di manakah keseronokan membaca novel yang sudah masuk kelima belas kali cetakan itu. Ternyata novel ini mempunyai kelebihan tersendiri di mata peminat novel-novel Melayu di luar sana. Mengisahkan tentang Salina dan Taufik yang dipaksa berkahwin. Dato’ Mustaza mahu bermenantukan Salina yang baik budi pekerti dan cantik disamping terhutang budi dengan keluarga Sulaiman kerana telah menyelamatkan dia dari hanyut di Laut Chin Whoa! Cerita ni best. Kadang-kala pula seram di hati saya pula. Saya mencari di manakah keseronokan membaca novel yang sudah masuk kelima belas kali cetakan itu. Ternyata novel ini mempunyai kelebihan tersendiri di mata peminat novel-novel Melayu di luar sana. Mengisahkan tentang Salina dan Taufik yang dipaksa berkahwin. Dato’ Mustaza mahu bermenantukan Salina yang baik budi pekerti dan cantik disamping terhutang budi dengan keluarga Sulaiman kerana telah menyelamatkan dia dari hanyut di Laut China Selatan. Taufik membangkang keras cadangan ayahnya itu. Baginya, ayah masih lagi kolot yang suka mengamalkan cara orang-orang dulu untuk mencari jodoh. Takkanlah ayah tak tahu yang dia cinta habis dengan model terkenal-Isabella. Salina pula mempunyai alasan tersendiri kenapa dia tidak mahu mengahwini Taufik, anak Datuk Mustaza. Dia sudah ada kekasih hati. Dia sudah berjanji untuk mencintai Zulkifli sahaja. Tetapi, kehendak orang tua langsung tidak dapat dia ketepikan. Demi keluarga, Salina sanggup berkorban dengan mengahwini Taufik-lelaki yang tidak dia cintai itu. maka putus kasihlah dia dengan Zulkifli. Taufik pula sanggup mengenepikan Isabella demi kehendak ayahnya. Dia mengahwmini Salina dan tetap mencintai Isabella. Perkahwinan yang bukan dari hati itu, langsung tidak membahagiakan. Taufik sellau sahaja bersikap dingin dengan Salina. Walaupun sering kali terasa hati, Salina gagahkan juga menjadi isteri kepada Taufik. Taufik masih lagi bersama dengan Isabella walaupun sudah mempunyai Salina di rumah yang sedia menantinya setiap hari. Suatu hari dia terfikir, apakah Isabella akan bersama dnegannya nanti apabila dia jatuh miskin kelak. Bertitik tolak daripada itulah, Taufik mulai menyedari segalanya. Dia mulai belajar mencintai isterinya walaupun pada mulanya Salina kelihatan dingin kepadanya. Hari demi hari dia semakin mencintai Salina dan Isabella semakin dia lupakan. Isabella, si perempuan pembelit nyata bukan sahaja suka bermain cinta dengan Taufik, tetapi juga dengan Richard. Sudah agak lama dia menjalinkan hubungan sehingga membenihkan anak. Saat itulah timbul idea yang akan memporak-perandakan hidup Taufik dan Salina. Isabella tampil di akhbar dengan perut memboyot. Dia mengatakan dia mengandungkan anak Taufik. Negara gempar seketika dengan berita itu. hubungan Taufik dan Salina berkocak hebat. Akan bahagiakah mereka dengan hubungan dalam erti kata sebenar yang baru dibina? Mampukah Taufik menepis segala tohmahan? Akan percayakah Salina kepada Taufik, buat sekali ini sahaja? Selepas menghabiskan bacaan novel ini saya berasa lega amat. Tapi bahagian yang Isabella kena bunuh, memang menakutkan bagi saya. Bagi saya, penulis menukilkan babak itu dengan terperinci sekali. Owwh, Seram!

  4. 5 out of 5

    yyyasmin

    One of the first Malay novels I read. Either I had low expectations at that time or Malay novels are getting more craptastic by the day. I suspect it's the latter though. But anyway best kot cerita ni ! One of the first Malay novels I read. Either I had low expectations at that time or Malay novels are getting more craptastic by the day. I suspect it's the latter though. But anyway best kot cerita ni !

  5. 5 out of 5

    Sha889

    one of my favourite couple! dah baca novel ni lebih sepuluh tahun.zaman sekolah lagi.tapi sampai sekarang saya masih boleh ingat jalan ceritanya.scene2 dalam novel ni.watak hero heroinnya masih melekat dihati.yang terbaik dari nia azalea 😀

  6. 5 out of 5

    NORASIKIN

    Kau yang satu antara novel yang saya suka baca berulang2. Novel lama.. gaya bahasa yang sangat menawan. Muka surat tak lah tebal mana tapi bila baca kepuasan tu ada dalam novel ini.. walaupun ceritanya kisah kahwin paksa.. dari benci jadi suka.. Love sgt dengan kisah pansangan Taufik dan Salina.. macam2 dugaan.. tak sudah2 merajuk.. pujuk.. merajuk .. pujuk.. tapi saya tetap layan juga kisah mereka sebab jalan cerita memang terbaikkkkk. Saya suka novel dari filem..

  7. 5 out of 5

    Dyna

    Novel BM pertama yang sy boleh ulang baca berkali2.

  8. 5 out of 5

    Ummu Sulaim

    jalan cerita yg mudah, senang dijangka..maybe buku lama kot..

  9. 4 out of 5

    Saefullah Norhaidi

    jiwang gaban

  10. 5 out of 5

    Nabilah

    best

  11. 4 out of 5

    Si Kandil Hijau

    suka.

  12. 4 out of 5

    Zaharah

    Tiba2 terkenang novel. Novel pertama baca dan masa tu cerita kahwin paksa tak popular lagi. Masih lagi fav novel sebab feel aura Taufiq dengan Salina tu lain. Ending untuk watak yg jahat pun kena. Not easily maafkan macam dalam sesetengah novel. Tapi kesian kat Zul. Apa2 pun, tahaniah penulis sebab berjaya buat novel yang tak lapuk dek zaman.

  13. 4 out of 5

    Siti Doharni

    good

  14. 5 out of 5

    Fariza Umaira

    Reread again sebab jalan cerita macam dah samar-samar dalam kotak memori. Agak-agak, macam mana la scene Isabella 'dibedah' dalam versi filem ekk? Reread again sebab jalan cerita macam dah samar-samar dalam kotak memori. Agak-agak, macam mana la scene Isabella 'dibedah' dalam versi filem ekk?

  15. 4 out of 5

    Fiona

    Nice book

  16. 5 out of 5

    Audrey Widjaja

    Idea cerita bagus, tapi kecewa kerana penderitaan lebih dari suka, kecewa tika Ina dan semua ahli keluarga tak percayakan Fik langsung. Asyik aje dengar cakap Isabella camtu.

  17. 5 out of 5

    Ily Azhar

    First time read it when i was 13? Now already i 25 and still reading it. It was very simple novel for those who wants to have a light read.

  18. 4 out of 5

    ESentral

    You can purchase Kau Yang Satu eBook at this link https://goo.gl/VKAA4i Thank you You can purchase Kau Yang Satu eBook at this link https://goo.gl/VKAA4i Thank you

  19. 5 out of 5

    Nazrie Yatie

    Best.. Biarpun novel ni nipis jer.

  20. 5 out of 5

    Yazlina Saduri

    Mula-mula seronok dan rasa santai sangat baca buku ni. Yapi entahlah, dah lepas three quarter agak kurang sengat. Kebanyakan watak dia kira tak bikin darah naik sangat. Kisah cinta yang hangat-hangat suam. Dah agak dah yang Taufik akan cintakan Salina juga akhirnya dan Salina akan sayang Taufik juga walaupun mereka dikira kahwin paksa. Tak berkenan style pemikiran Taufik yang self-centered, maklumlah anak tunggal hartawan. Dia saja yg baik, si wartawan hiburan digambarkan sebagai "pendek terkede Mula-mula seronok dan rasa santai sangat baca buku ni. Yapi entahlah, dah lepas three quarter agak kurang sengat. Kebanyakan watak dia kira tak bikin darah naik sangat. Kisah cinta yang hangat-hangat suam. Dah agak dah yang Taufik akan cintakan Salina juga akhirnya dan Salina akan sayang Taufik juga walaupun mereka dikira kahwin paksa. Tak berkenan style pemikiran Taufik yang self-centered, maklumlah anak tunggal hartawan. Dia saja yg baik, si wartawan hiburan digambarkan sebagai "pendek terkedek-kedek".... Mentang-mentanglah dia tu serba sempurna. Nia Azalea penulis yang bagus bagi saya; tulisan beliau simple and clear. English expresions used pun excellent. Lagi ngam kalau Zul akhirnya ditemukan dengan gadis yang lebih penyayang dari Salina.

  21. 4 out of 5

    Isma Zahara

    Novel pertama yang i baca. Masa baca ni, penuh emosi...mana ada kisah novel, perkahwinan aturan keluarga. Sehari je boleh habiskan. Salina yang bersahaja dan Taufik yang ego kekadang..so sweet bila dah berbaik.. Ada Isabella la plak, pengacau segala.. Cuma cara Isabella mati tu agak tragis la.. Berkali-kali baca pon tak jemu, sebab penulis berjaya buat aku terus gila untuk membeli/membaca novel-novel melayu. #thumbsup

  22. 4 out of 5

    Theplain

    the first 'kahwin paksa' novel that i read, so i love the idea only for this book. haha salina is quit humourous, taufiq is quit clean freak. they complete each other, very sweet. not too overloaded with romance terima kasih kepada ketua kelas saya masa 6 gigih > akma (yg dh jadi bini orang) kerana sudi menceritakan sipnosis penuh buku ini dan melibatkan saya dalam kancah membaca novel. hehe the first 'kahwin paksa' novel that i read, so i love the idea only for this book. haha salina is quit humourous, taufiq is quit clean freak. they complete each other, very sweet. not too overloaded with romance terima kasih kepada ketua kelas saya masa 6 gigih > akma (yg dh jadi bini orang) kerana sudi menceritakan sipnosis penuh buku ini dan melibatkan saya dalam kancah membaca novel. hehe

  23. 5 out of 5

    F. Hanim

    Saya pertama kali baca buku ini waktu zaman-zaman sekolah menengah, tingkatan dua ke tiga mcm tu hahah. Dulu-dulu topik kahwin paksa ni famous dlm novel je. Tapi semenjak dua ni menjadi-jadi pulak dalam tv lol. Menangis jugaklah baca novel ni. Geram pulak kite kat Salina time nak hujung-hujung cerite. Hehe.

  24. 5 out of 5

    Izyan Liana

    I read this book for the first time 6 years ago when I was 15. It made me fall in love with novels. But no other novels can beat this. Hands down, the best one I've read to date! I read this book for the first time 6 years ago when I was 15. It made me fall in love with novels. But no other novels can beat this. Hands down, the best one I've read to date!

  25. 4 out of 5

    Ruqaiyahq

    this one is the best . swear no doubt !

  26. 5 out of 5

    Jaja A

    tahniah nia azalea...antara novel terawal yg ku baca..menggamit nostalgia ...

  27. 5 out of 5

    Numa

    novel yg paling aku suka love it!!

  28. 4 out of 5

    P.Namagal

    I dah lame bace novel nie...kalo xsilap tahun 2004 kot..memang best giler...romantik...dah baca byk kali pun xbosan...so now nak baca lagi la....

  29. 5 out of 5

    Waniey Anne

  30. 5 out of 5

    Riqa Green

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading...
We use cookies to give you the best online experience. By using our website you agree to our use of cookies in accordance with our cookie policy.